Thursday 7 February 2013

~Kisah Cintaku~ "Kasih Tak Kesampaian"






~::Semua yang berlaku tetap berlaku::~
~::Aku Tetap Sayangkan Dirimu::~
~::Terimalah ini daripadaku::~
~::Kisah Cintaku Terhadap Dirimu::~

Pertama kali bersua, ku hanya memandang mu,
Engkau hanya tersenyum buat aku terpaku,
Aku mula melangkah untuk mengenali dirimu,
Bermulalah segala kisah cintaku..

Aku menegur mu di laman muka buku,
Kau membalasnya dengan menerima aku,
Aku rasa gembira dan sungguh terharu,
Tapi kau macam tak mahu layan aku..

Setiap hari aku mengganggu mu,
Semuanya hanya di dalam laman itu,
Aku pulak yang tak tahu malu,
Lalu kau pun menjadi adik angkat ku..

Kisah berlalu dan terus berlalu,
Engkau dan aku dah serasi bersatu,
Bila tiada mu aku jadi kelu,
Hidup terasa sunyi, tiada hala tuju..

Ingin ku mengangkat mu menjadi kekasih ku,
Lalu ku luahkan segala yg terbuku,
Berharap agar engkau dapat menerima ku,
Tapi sampai sekarang kau masih diam membisu..

Aku menunggu dan terus menunggu,
Hanya menunggu nasib menyebelahi ku,
Tapi semuanya angan-angan palsu,
Aku tertunduk menahan malu..

Kisah cintaku tak berakhir di situ,
Ku masih kuatkan semangat hatiku,
Meneruskan lagi apa yang di impikan ku,
Agar kau tahu, betapa ikhlasnya diriku..

Aku mengambil mu sebagai adik angkat ku,
Adalah bertujuan untuk rapat dengan mu,
Bukan sekadar untuk kekal begitu,
Kerana diriku sangat mencintai dirimu..

Kerana jarak menjadi penghalang ku,
Untuk terus bersama dengan mu,
Disebabkan teramat sayangkan mu,
Aku tak kisah semua itu..

Tetapi sekarang semuanya telah berakhir,
Segala rancangan ku terhenti di situ,
Oleh sebab ku terlalu ikutkan ego ku,
Dirimu mula tak menyenangi diriku..

Kini semuanya telah berlalu,
Semua kenangan manis telah menjadi abu,
Ku tahu diriku tak layak untuk mencintai mu,
Kerana aku hanya sekeping kayu..

Aku berlalu membawa diriku,
Aku lepaskan segala keinginanku,
Hanyalah doa pengubat rindu,
Inilah dia KISAH CINTAKU..

2 comments: