Monday 4 February 2013

Dunia masa hadapan. Hero tahun 2XXX


Pada tahun 2XXX, bumi yang mula dikuasai oleh robot Gundam telah menjadi huru hara akibat diperintah oleh manusia yang pendek akal. Kerana terlalu gilakan kuasa dan alat mainan gundam maka dunia telah diubah seperti dalam cerita Gundam yang kat dalam TV. Jadi, siri-siri seperti power ranger, mask rider, ultraman sudah tidak bermakna lagi pada masa itu.

Manusia-manusia yang sudah tidak tahan dengan peperangan antara robot gundam sangat-sangat menantikan keajaiban yang tidak diketahui bila masanya akan terjadi itu.
Dan pada suatu hari yang agak dingin dimana angin sepoi-sepoi siput mula berhembus maka muncullah seorang penyelamat yang datang daripada masa sebelum masa sekarang ini. Penyelamat ini agak sempoi kerana datang tanpa membawa apa-apa kelengkapan pun. Hanya berseluar jeans, baju t-shirt kolar dan berselipar adidas. Nama penyelamat itu adalah POYOMAN.

Oleh kerana kepoyoan yang terdapat pada diri poyoman la dia sekarang berada di dunia 2XXX sekarang ini. Sebenarnya dia tidak minta untuk datang ke dunia sekarang ini kerana pada saat dia sedang leka berjalan di tepi KLCC sambil mengusha awek korea dia tidak perasan yang di depannya terdapat longkang yang telah hilang penutup besinya kerana telah dicuri oleh mat gian. Akibatnya, dia jatuh menjunam sambil membuat aksi seperti pandalela yang menang pingat gangsa kat olimpik.

Dalam keadaan samar-samar dia membuka mata dan mendapati diri dia telah berada di sebuah rumah di bawah tanah. Dia menjadi pelik kerana tiba-tiba dia dapat tahu yang rumah itu berada di bawah tanah. Pemilik rumah tersebut juga terkejut kerana dia tak pernah pun membawa si poyoman ni melawat sekitar kawasan  rumah dia. Kejadian itu menjadi misteri dan terus heboh dalam berita tv33, astro awenik dan yang sewaktu dengannya (stesen tv pada tahun 2XXX) mengatakan bahawa si poyoman ini memilik kuasa luarbiasa. Para penduduk bumi menjadi gembira akan berita itu kecuali seorang iaitu pemerintah yang bernama Gundaizman. Nama tersebut dia pilih sendiri sebab dia minat Gundam. Hampeh punya orang.
Kembali kepada cerita asal.

Oleh kerana penduduk bumi membuat andaian bahawa poyoman itu adalah penyelamat maka  si poyoman telah disambut dengan penuh rasa hormat. Pesta berleluasa di semua negara termasuk negara bulan. Poyoman yang masih kebingungan itu hanya terima itu dengan redha kerana dia seronok diperlakukan sedemikian. Dia tidak mengetahui bahaya yang akan dihadapinya nanti.

Apakah yang akan terjadi kepada poyoman? Adakah benar dia memiliki kuasa? Semua akan diketahui minggu hadapan.

Bersambung……

No comments:

Post a Comment