Sunday 12 January 2014

Cinta Yang Pergi (Original)



Cinta Yang Pergi
Lirik:- Fat
Komposer:- Fat
C  Am
Tersedar engkau telah tiada
F           Em
Mimpi yg indah tak lagi menjelma
C Am
Dirimu pergi tiada ganti
F       Em
Hilanglah punca hidupku ini

C       G   F
Ku mengharapkan engkau kembali
C   G  F   E
Mengubat luka di hati ini

C           Am
Titisan air mata membanjiri
F          Em              Am
Dari pipi jatuh ke bumi
C Am
Tak akan aku berikan lagi
F        Em
Cinta yang suci lahir dari hati

C G  F
Tak bisa aku menangis lagi
C          G F         E
Jika dirimu tak jua kembali

*chorus

C       G   F
Ku mengharapkan engkau kembali
C   G  F   E
Mengubat luka dihati ini
C G  F
Tak bisa aku menangis lagi
C          G F         E
Jika dirimu tak jua kembali
F E     Am
Tinggal ku sendiri

Tuesday 24 December 2013

Novel Pendek - Cinta 47 Kali (Episod 1)


Farhan menanti dengan penuh debar. Apakah jawapan yang akan diterima olehnya kali ini akan menjadi satu sejarah baru dalam hidupnya ataupun tidak. “Maaf la awak, saya tidak dapat menerima awak”, ujar Syarina serba salah. Gadis comel tahun 3 jurusan perdagangan daripada UITM Shah Alam ini menjadi orang yang ke-46 menolak tawaran daripada Farhan untuk menjadi kekasihnya.
                
Farhan terdiam. ‘Kenapa Sya, adakah saya ini masih belum cukup sempurna untuk awak?’ tutur Farhan dalam nada sedih. ‘Bukan macam itu Ann, Ann cukup sempurna, itu yang membuatkan Sya tidak dapat menerima Ann’. Lembut tutur kata Syarina bagi menenteramkan keadaan.
                
Melihatkan riak wajah Farhan yang sudah tidak bermaya itu membuatkan Syarina menjadi serba salah. Tapi apakan daya, itu adalah jalan yang terbaik untuk dirinya. Bagi Farhan pula lain, dia yang telah mendengar ayat itu sebanyak 46 kali sudah tidak dapat menerima alasan tersebut.
        
 Syarina, sudah 46 kali Ann dengar perempuan cakap yang Ann ini cukup sempurna. Ann sudah tidak mahu dengar lagi alasan itu. Kenapa Sya? Kalau Ann ni sudah cukup sempurna sepatutnya Sya haruslah terima Ann. Betul tak? Luah Farhan dengan nada keras sedikit. “Baiklah Ann, demi Ann, Sya ubah ayat Sya tadi ya”, Syarina cuba bergurau. Farhan menjeling tajam kearah Syarina menandakan dia tidak suka dengan gurauan tersebut.


Apa akan terjadi pada hubungan Farhan dengan Syarina?
Adakah Syarina akan menerima Farhan kembali?

Untuk mengetahui sambungannya, sila tunggu episod yang seterusnya.


Terima kasih kerana sudi membaca ^_^

Thursday 5 December 2013


Jom belajar teknik asas potongan sayur

Biasanya dekat rumah kita cuma pandai potong je kan??
Kali ni saya nak anda belajar kenali nama potongan anda dan jenis potongan tersebut.

Untuk menjadi seorang tukang masak yang hebat perlulah bermula daripada awal iaitu daripada cara potongan, cara pengendalian pisau dan juga mengenali nama bahan yang digunakan.

Disini saya sertakan bersama video cara potongan bersama nama potongan tersebut.

Selamat menonton!!! 


Sama-samalah kita jadi seorang chef yang hebat di rumah ok!!


Sila bagi cadangan untuk belajar perkara lain selain daripada potongan sayur ini sahaja!!
Terima kasih..

Tuesday 19 February 2013

Maksud Cinta


PANJI - SAYAP TERLUKA

(jangan terlalu mengharapkan sesuatu yang bukan kekal menjadi hak kita)

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang.memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasaianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.

Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis………………………………………….

Monday 18 February 2013

10 cara menyayangi si dia ^_^



1. Sayangi dia dengan hati, bukan
dengan perasaan. Jika anda meletakkan
sesuatu perhubungan berdasarkan
perasaan, ianya akan gagalkerana
perasaan sentiasa berubah dari masa ke
semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia
terdapat hampir 6 billion manusia
dengan 6 billion personaliti. Dia
sememangnya seorang yang istimewa dan
biarkan ianya kekal begitu. Jangan
sesekali terfikir untuk mengubah apa-
apa tentang dia kerana sekali anda
mengubah, selamanya anda akan terus
mengubah dirinya. Tentu anda masih
ingat, anda terpikat padanya kerana
dia adalah dia. Maka, tiada alasan
untuk anda mengubah dia untuk menjadi
seseorang yang lain.


3. Sayangi dia sepenuh hati.
Sesungguhnya dia telah banyak bekorban
untuk anda. Dengan kelebihan yang ada
padanya, dia berpeluang untuk menjalin
hubungan dengan seseorang yang lebih
sempurna tapi demi cinta, dia telah
memilih diri anda. Maka, jangan
sesekali cuba untuk mempermain-mainkan
keluhuran cintanya.
4. Hormati pendirian dan keputusan
dia. Jangan anda merayu dan jangan
mencipta alasan supaya dia menerima
cinta anda kerana kelak, yang anda
akan dapat darinya hanyalah cinta
simpati dan bukannya cinta setulus
hati.
5. Yakinkan diri anda akan
keistimewaan dia. Dia adalah satu-
satunya di dunia ini dan jangan
mengharapkan kesempurnaan dari dia
kerana dia telahpun cukup sempurna
semenjak anda mula terpikat padanya.
6. Percaya akan dirinya. Sentiasa
bersangka baik padanya jika kita juga
mahukan sebegitu darinya. Pastikan
anda akan sentiasa meletakkan diri
anda di tempatnya sebelum melakukan
apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat
menerimanya, apatah lagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia
untuk selama-lamanya kerana selama-
lamanya bagi anda mungkin akan
berakhir keesokkan harinya, tapi
berjanjilah untuk menyayangi dirinya
seolah-olah setiap hari itu adalah
hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti
memberi hati anda kepadanya untuk
dilukai tapi kepercayaan itu penting.
Percayalah kepadanya, nescaya dia akan
melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia
tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya
akan setakat menangis kecewa dan
kemudiannya meneruskan hidup seperti
biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan
mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri
anda, memenangi hatinya bukanlah satu
kejayaan yang mutlak tetapi anugerah
itu hanya layak anda perolehi setelah
anda berjaya menyayanginya sehingga ke
akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih
anda adalah kerana dia percaya bahawa
anda adalah seorang yang jujur dan
akan menepati janji. Anda telah
bersusah payah dan berusaha sedaya
upaya untuk memenangi cintanya, maka
dengan itu haruslah juga anda berusaha
untuk terus menyintai dirinya dengan
apa jua keadaan sekalipun

Sunday 17 February 2013

Kisah mati saya dan emak!!


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit ¿Adoi!¿. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia! pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit ¿Adoi..!¿ dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati

Tuesday 12 February 2013


Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.

Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya
sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap
kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga,dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 % mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.