Thursday 31 January 2013

All about SNSD



Girls Generation @ So Nyeo Shi Dae (SNSD)

Mungkin ramai yang sudah mengenali kumpulan K-Pop wanita yang paling popular dengan lagu “Gee” di Korea ini, tetapi mungkin juga ramai yang tidak mengetahui kenapa kumpulan ini menjadi kegilaan dan diminati ramai tak kira umur ataupun gender.

Kumpulan ini terdiri daripada 9 orang gadis remaja yang mempunyai rupa paras dan bentuk badan yang cantik. Ahlinya adalah Taeyon, Jessica, Tiffany, Yoona, Yuri, Sooyong, Hyo yeon dan juga Seohyun.

Kalau anda melihat semula perjalanan kumpulan ini bermula dari awal, mungkin anda akan mengetahui kenapa mereka boleh dikenali dan menjadi ikon Negara mereka sehingga sekarang.

Bermula pada tahun 2007, segala keringat dan usaha mereka semenjak daripada umur 13 tahun mula mendapat perhatian. Kegigihan mereka untuk mencapai cita-cita mereka amat dikagumi. Segala kesusahan, kepayahan, keperitan mereka terpaksa harungi dan juga mereka terpaksa berpisah dengan keluarga mereka demi mencapai impian mereka.

Walau bagaimanapun mereka tidak lupa diri dengan kejayaan yang mereka telah kecapi sekarang. Sikap rendah diri dan hormat kepada orang lain cukup menebal dalam diri mereka. Ini tidak dapat disimpulkan sepenuhnya kerana semua yang kita lihat adalah melalui kaca tv. Kita tidak tahu sama ada mereka hanya berpura-pura @ lebih tepat lagi dipanggil hipokrik di depan kamera. Akan tetapi apabila anda melihat meraka di dalam tv anda akan melihat karakter sebenar mereka bukan karakter yang diwujudkan kerana mereka telah biasa berhadapan dengan kamera dalam kehidupan mereka semenjak mereka mula mengadakan latihan sehinggalah sekarang. Semua aktiviti harian mereka dirakam dan ini menjadikan mereka sudah tidak kekok di hadapan kamera.

Dalam siri Girls Generation Going To School (GGTS) (youtube) anda boleh melihat sendiri bagaimana mereka berusaha untuk tunjukkan kepada dunia luar mengenai kewujudan kumpulan mereka. Amat bermakna untuk ditonton kerana ia boleh memberi kita semangat untuk terus berusaha dan dapat membari semangat kepada kita supaya tidak mudah untuk berputus asa kerana dengan usaha dan semangat semua boleh menjadi kenyataan.


GGTS ep1 1/2 eng sub

bersambung...... (ini semua poyo!!)

No comments:

Post a Comment